{"title":"Pemaknaan Semula Cerita Rakyat Melayu dalam Filem Animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019)","authors":"Steven Alezender, Jacquelina Karimon","doi":"10.47836/pjssh.32.2.16","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Produksi Les’ Copaque pada tahun 2019 tampil dengan filem animasi terbaharu berjudul Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal. Menariknya filem ketiga jenama animasi Upin & Ipin ini tidak hanya terletak pada telatah dua beradik kembar dan kawan-kawannya malah turut dipengaruhi oleh keberanian pihak produksi yang mengadaptasi cerita rakyat Melayu untuk menggerakkan keseluruhan naratif filem ini. Namun begitu, cerita rakyat Melayu yang diadaptasi tersebut tidak hanya dieksploitasi sebaliknya pihak produksi telah mengolah naratif asal pada kadar minimum sehingga menghadirkan sebuah pemaknaan semula yang dilihat lebih baik dan segar dalam konteks semasa. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis pemaknaan semula cerita rakyat Melayu yang diadaptasi ke dalam filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Kajian berbentuk kualitatif ini akan memanfaatkan filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang ditonton menerusi pelantar penstriman Netflix sebagai data kajian. Pemaknaan semula cerita rakyat Melayu yang dikesan dalam bentuk dialog akan dicatat dan dianalisis menggunakan Teori Adaptasi yang diketengahkan oleh Brain McFarlane (1996). Justifikasi pemilihan teori ini diwajarkan oleh salah satu teknik teori ini iaitu transposisi yang membincangkan adaptasi dilakukan secara terus dengan melakukan sedikit perubahan. Hasil penelitian mendapati bahawa pihak produksi filem ini telah menerapkan teknik transposisi terhadap tiga cerita rakyat Melayu iaitu Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan juga Mat Jenin sehingga berjaya menghadirkan sebuah pemaknaan semula. Justeru itu, implikasi kajian ini akan dapat mengetengahkan perutusan nilai dalam pemaknaan semula terhadap cerita rakyat Melayu tersebut agar dapat meningkatkan kerohanian dan nilai kemanusiaan khalayak.","PeriodicalId":125431,"journal":{"name":"Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities","volume":"18 6","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2024-06-12","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.47836/pjssh.32.2.16","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Produksi Les’ Copaque pada tahun 2019 tampil dengan filem animasi terbaharu berjudul Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal. Menariknya filem ketiga jenama animasi Upin & Ipin ini tidak hanya terletak pada telatah dua beradik kembar dan kawan-kawannya malah turut dipengaruhi oleh keberanian pihak produksi yang mengadaptasi cerita rakyat Melayu untuk menggerakkan keseluruhan naratif filem ini. Namun begitu, cerita rakyat Melayu yang diadaptasi tersebut tidak hanya dieksploitasi sebaliknya pihak produksi telah mengolah naratif asal pada kadar minimum sehingga menghadirkan sebuah pemaknaan semula yang dilihat lebih baik dan segar dalam konteks semasa. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis pemaknaan semula cerita rakyat Melayu yang diadaptasi ke dalam filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Kajian berbentuk kualitatif ini akan memanfaatkan filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang ditonton menerusi pelantar penstriman Netflix sebagai data kajian. Pemaknaan semula cerita rakyat Melayu yang dikesan dalam bentuk dialog akan dicatat dan dianalisis menggunakan Teori Adaptasi yang diketengahkan oleh Brain McFarlane (1996). Justifikasi pemilihan teori ini diwajarkan oleh salah satu teknik teori ini iaitu transposisi yang membincangkan adaptasi dilakukan secara terus dengan melakukan sedikit perubahan. Hasil penelitian mendapati bahawa pihak produksi filem ini telah menerapkan teknik transposisi terhadap tiga cerita rakyat Melayu iaitu Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan juga Mat Jenin sehingga berjaya menghadirkan sebuah pemaknaan semula. Justeru itu, implikasi kajian ini akan dapat mengetengahkan perutusan nilai dalam pemaknaan semula terhadap cerita rakyat Melayu tersebut agar dapat meningkatkan kerohanian dan nilai kemanusiaan khalayak.