{"title":"Pengkelasan Kamus Biografi Sebagai Naratif Alternatif Pengajian Ḥadīth Kurun Ketiga dan Keempat Hijrah: Satu Kerangka Abstrak Sejarah","authors":"Muhammad Fawwaz Muhammad Yusoff","doi":"10.7187/gjat072023-8","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Selain daripada refleksi terhadap alat-alat pengajian kontemporari, kebolehcapaian terhadap sumber-sumber sejarah telah membuka dimensi baharu dalam penerokaan sejarah pengajian ḥadīth dan pengajian Islam secara umumnya. Namun sumber-sumber pemerian sejarah pengajian ḥadīth kurang disusun atur dan dikemas rapi untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tradisi ḥadīth kurun ketiga dan keempat hijrah. Dengan kaedah kepustakaan secara penuh, makalah ini cuba mengharungi tiga dimensi autoriti, ruang dan masa untuk sebuah cadangan pengkelasan kutub al-rijāl atau kamus biografi dalam khazanah ilmu ḥadīth yang juga mampu ditanggapi selaku sumber naratif alternatif. Di samping pengkelasan tersebut, makalah ini turut membincangkan bagaimana peranan yang boleh dimainkan sebilangan disiplin sains kemanusiaan seperti historiografi, antropologi, sosiologi, geografi, kartografi dan lain-lain dalam pemanfaatan kamus biografi, bagi pembinaan kerangka abstrak sejarah tradisi intelektual pengajian Sunni tertua ini. Pemudahan awal terhadap pengkelasan kamus-kamus biografi dalam ilmu ḥadīth menunjukkan bahawa data-data yang terhasil selepas penyusunan menerusi dimensi berserta integrasi sebilangan pendekatan sains kemanusiaan terkini menyajikan kapasiti yang besar untuk pembinaan suatu kerangka abstrak sejarah pengajian ḥadīth pada kurun ketiga dan keempat hijrah.","PeriodicalId":12715,"journal":{"name":"global journal al thaqafah","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.1000,"publicationDate":"2023-07-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"global journal al thaqafah","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.7187/gjat072023-8","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"0","JCRName":"RELIGION","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Selain daripada refleksi terhadap alat-alat pengajian kontemporari, kebolehcapaian terhadap sumber-sumber sejarah telah membuka dimensi baharu dalam penerokaan sejarah pengajian ḥadīth dan pengajian Islam secara umumnya. Namun sumber-sumber pemerian sejarah pengajian ḥadīth kurang disusun atur dan dikemas rapi untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tradisi ḥadīth kurun ketiga dan keempat hijrah. Dengan kaedah kepustakaan secara penuh, makalah ini cuba mengharungi tiga dimensi autoriti, ruang dan masa untuk sebuah cadangan pengkelasan kutub al-rijāl atau kamus biografi dalam khazanah ilmu ḥadīth yang juga mampu ditanggapi selaku sumber naratif alternatif. Di samping pengkelasan tersebut, makalah ini turut membincangkan bagaimana peranan yang boleh dimainkan sebilangan disiplin sains kemanusiaan seperti historiografi, antropologi, sosiologi, geografi, kartografi dan lain-lain dalam pemanfaatan kamus biografi, bagi pembinaan kerangka abstrak sejarah tradisi intelektual pengajian Sunni tertua ini. Pemudahan awal terhadap pengkelasan kamus-kamus biografi dalam ilmu ḥadīth menunjukkan bahawa data-data yang terhasil selepas penyusunan menerusi dimensi berserta integrasi sebilangan pendekatan sains kemanusiaan terkini menyajikan kapasiti yang besar untuk pembinaan suatu kerangka abstrak sejarah pengajian ḥadīth pada kurun ketiga dan keempat hijrah.
期刊介绍:
Global Journal Al-Thaqafah (GJAT) is a biannual journal, published by Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak, MALAYSIA. This journal is purely academic and peer reviewed. It caters to articles, research notes and reports, and book reviews on diverse topics relating to Islam and the Muslims. This journal is intended to provide an avenue for researchers and academics from all persuasions and traditions to share and discuss differing views, new ideas, theories, research outcomes, and socio-cultural and socio-political issues that impact on and directly or indirectly affect the Muslim World with the sole purpose of making this world a better place to live in. GJAT started in 2011 and was later granted the SCOPUS status in March 2014. Since then, GJAT has published numerous articles and materials from international contributors. GJAT welcomes contributions from all: academics, experts, and professionals. All articles submitted must be original, academic, of high scholarly standard, and meet the strict SCOPUS requirements. GJAT prioritizes articles that discuss fundamental issues and are of global relevance and importance, and publishes all articles that fulfill the basic criteria without prejudice (kindly refer to "Submission and Guidelines"). All decisions by GJAT to publish any article are final.