{"title":"Cabaran Guru Prasekolah Dalam Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) Semasa Pandemik Covid-19: Satu Kajian Kes Di Daerah Ranau","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.3","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Tugas mengajar secara PdPR sepanjang pandemik covid-19 merupakan satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh guru-guru. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah di daerah Ranau, Sabah sepanjang melaksanakan pengajaran semasa pandemik covid-19. Pendekatan kajian ini adalah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Pilihan item dalam instrumen soal selidik kajian ini menggunakan lima titik skala likert tiga titik iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Saiz sampel dalam kajian ini melibatkan 64 orang guru prasekolah di daerah Ranau, Sabah. Data yang terkumpul melalui soal selidik akan direkodkan untuk tujuan analisis. Perisian SPSS versi 20 digunakan untuk menganalisis data melalui soal selidik menggunakan statistik min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan guru prasekolah menghadapi cabaran dari aspek pelaksanaan PdPR, cabaran semasa melaksanakan PdPR, cabaran dari aspek kanak-kanak dan cabaran dari aspek ibu bapa. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah dalam kajian ini dapat membantu KPM untuk melihat punca peratus kanak-kanak menguasai kemahiran 4M semasa PdPR adalah rendah.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"50 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.3","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Tugas mengajar secara PdPR sepanjang pandemik covid-19 merupakan satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh guru-guru. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah di daerah Ranau, Sabah sepanjang melaksanakan pengajaran semasa pandemik covid-19. Pendekatan kajian ini adalah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Pilihan item dalam instrumen soal selidik kajian ini menggunakan lima titik skala likert tiga titik iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Saiz sampel dalam kajian ini melibatkan 64 orang guru prasekolah di daerah Ranau, Sabah. Data yang terkumpul melalui soal selidik akan direkodkan untuk tujuan analisis. Perisian SPSS versi 20 digunakan untuk menganalisis data melalui soal selidik menggunakan statistik min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan guru prasekolah menghadapi cabaran dari aspek pelaksanaan PdPR, cabaran semasa melaksanakan PdPR, cabaran dari aspek kanak-kanak dan cabaran dari aspek ibu bapa. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah dalam kajian ini dapat membantu KPM untuk melihat punca peratus kanak-kanak menguasai kemahiran 4M semasa PdPR adalah rendah.