Subramaniam Raman, Muhammad Zuhair Zainal, F. Amzah
{"title":"KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU MENENGAH RENDAH MENJALANKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) PENULISAN KARANGAN","authors":"Subramaniam Raman, Muhammad Zuhair Zainal, F. Amzah","doi":"10.17576/ebangi.2023.2002.06","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) secara dalam talian telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka ketika Covid-19. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan guru dan penglibatan serta penerimaan mereka terhadap pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai 149 guru Bahasa Melayu Menengah Rendah di Kedah telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan. Kajian menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi item dan terbahagi kepada empat konstruk, iaitu kesediaan guru, penerimaan murid, penglibatan murid dan penilaian. Statistik deskriptif dan frekuensi digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu menengah rendah bersedia dalam pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu secara dalam talian semasa tempoh PKP. Hasil dapatan juga mendapati guru-guru berhadapan dengan masalah penglibatan dan pemahaman murid-murid dalam proses pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu secara dalam talian. PdPr penulisan karangan akan membuahkan hasil yang memuaskan sekiranya murid-murid dapat memberikan kerjasama dan melibatkan diri secara aktif tanpa memberikan alasan. Murid-murid harus diberikan galakan dan dorongan oleh pebagai pihak sama ada dari segi moral ataupun material agar PdPr memberi manfaat kepada murid-murid.","PeriodicalId":133740,"journal":{"name":"e-Bangi Journal of Social Science and Humanities","volume":"23 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-05-08","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"e-Bangi Journal of Social Science and Humanities","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2002.06","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) secara dalam talian telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka ketika Covid-19. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan guru dan penglibatan serta penerimaan mereka terhadap pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai 149 guru Bahasa Melayu Menengah Rendah di Kedah telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan. Kajian menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi item dan terbahagi kepada empat konstruk, iaitu kesediaan guru, penerimaan murid, penglibatan murid dan penilaian. Statistik deskriptif dan frekuensi digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu menengah rendah bersedia dalam pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu secara dalam talian semasa tempoh PKP. Hasil dapatan juga mendapati guru-guru berhadapan dengan masalah penglibatan dan pemahaman murid-murid dalam proses pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu secara dalam talian. PdPr penulisan karangan akan membuahkan hasil yang memuaskan sekiranya murid-murid dapat memberikan kerjasama dan melibatkan diri secara aktif tanpa memberikan alasan. Murid-murid harus diberikan galakan dan dorongan oleh pebagai pihak sama ada dari segi moral ataupun material agar PdPr memberi manfaat kepada murid-murid.