{"title":"Perkembangan Sosio Emosi Melalui Pembelajaran Koperatif di Peringkat Sekolah Rendah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.19","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pembelajaran koperatif ialah salah satu kaedah pembelajaran yang melibatkan interaksi antara murid dalam mencapai tujuan pembelajaran secara bersama. Pembelajaran ini juga dilihat dapat membantu meningkatkan perkembangan sosio emosi murid dengan membangun keterampilan sosial dan emosional, meningkatkan harga diri dan rasa percaya diri, serta membantu mengatasi masalah sosial yang timbul. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap pembelajaran koperatif dan perkembangan sosio emosi murid serta mengkaji hubungannya. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 290 orang murid sekolah di Padang Serai dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan rawak. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang mempunyai item yang diadaptasi daripada beberapa kajian lepas. Analisis min dan korelasi pearson dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pembelajaran koperatif (M= 4.37, SP=.29) dan tahap perkembangan sosio emosi (M= 4.26, SP=.26) berada pada tahap tinggi. Hasil analisis korelasi Pearson juga mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang kuat antara pembelajaran koperatif dengan perkembangan sosio emosi murid (r=.53, p=<.001). Kesimpulannya, tahap pembelajaran koperatif dan perkembangan sosio emosi murid adalah positif dan memuaskan. Oleh itu, para guru perlu melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah kerana semakin tinggi pembelajaran koperatif maka semakin tinggi tahap perkembangan sosio emosi murid. Justeru, para pendidik perlu mengaplikasikan dan menerapkan kaedah pembelajaran koperatif dengan kreatif dan bermakna.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"6 9","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.19","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pembelajaran koperatif ialah salah satu kaedah pembelajaran yang melibatkan interaksi antara murid dalam mencapai tujuan pembelajaran secara bersama. Pembelajaran ini juga dilihat dapat membantu meningkatkan perkembangan sosio emosi murid dengan membangun keterampilan sosial dan emosional, meningkatkan harga diri dan rasa percaya diri, serta membantu mengatasi masalah sosial yang timbul. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap pembelajaran koperatif dan perkembangan sosio emosi murid serta mengkaji hubungannya. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 290 orang murid sekolah di Padang Serai dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan rawak. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang mempunyai item yang diadaptasi daripada beberapa kajian lepas. Analisis min dan korelasi pearson dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pembelajaran koperatif (M= 4.37, SP=.29) dan tahap perkembangan sosio emosi (M= 4.26, SP=.26) berada pada tahap tinggi. Hasil analisis korelasi Pearson juga mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang kuat antara pembelajaran koperatif dengan perkembangan sosio emosi murid (r=.53, p=<.001). Kesimpulannya, tahap pembelajaran koperatif dan perkembangan sosio emosi murid adalah positif dan memuaskan. Oleh itu, para guru perlu melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah kerana semakin tinggi pembelajaran koperatif maka semakin tinggi tahap perkembangan sosio emosi murid. Justeru, para pendidik perlu mengaplikasikan dan menerapkan kaedah pembelajaran koperatif dengan kreatif dan bermakna.