{"title":"Pelaksanaan Kelas Flipped dengan Sumber Digital dalam Mata Pelajaran Sejarah: Kesannya Terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah","authors":"M. Kaviza","doi":"10.37134/jictie.vol7.1.4.2020","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pelaksanaan kelas flipped dengan sumber digital terhadap kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid. Terdapat lima kemahiran pemikiran sejarah dalam mata pelajaran sejarah yang difokuskan dalam kajian ini iaitu memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi. Kajian ini merupakan kajian eksperimen dengan reka bentuk Pre-Experimental Design: One Group Pretest–Posttest Design yang melibatkan seramai 32 orang murid tingkatan satu. Soal selidik kemahiran pemikiran sejarah yang diadaptasi dan disahkan pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statisticsversi 24. Analisis inferensi yang digunakan adalah ujian-t sampel berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid dapat meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah iaitu memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi yang lebih tinggi secara signifikan antara ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan kepada guru sejarah dalam merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah inovatif yang berteraskan aplikasi Teknologi Maklumat dan strategi pembelajaran abad ke-21.","PeriodicalId":301836,"journal":{"name":"Journal of ICT In Education","volume":"127 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2020-05-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Journal of ICT In Education","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.37134/jictie.vol7.1.4.2020","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pelaksanaan kelas flipped dengan sumber digital terhadap kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid. Terdapat lima kemahiran pemikiran sejarah dalam mata pelajaran sejarah yang difokuskan dalam kajian ini iaitu memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi. Kajian ini merupakan kajian eksperimen dengan reka bentuk Pre-Experimental Design: One Group Pretest–Posttest Design yang melibatkan seramai 32 orang murid tingkatan satu. Soal selidik kemahiran pemikiran sejarah yang diadaptasi dan disahkan pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statisticsversi 24. Analisis inferensi yang digunakan adalah ujian-t sampel berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid dapat meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah iaitu memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi yang lebih tinggi secara signifikan antara ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan kepada guru sejarah dalam merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah inovatif yang berteraskan aplikasi Teknologi Maklumat dan strategi pembelajaran abad ke-21.