{"title":"PENDEKATAN PELANCONGAN WILAYAH DARI PERSPEKTIF PEMEGANG TARUH DI KELANTAN, DALAM KONTEKS WILAYAH ECER","authors":"Suzita Wan Ibrahim, Nor-ina Kanyo","doi":"10.17576/ebangi.2023.2002.28","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pelancongan wilayah merupakan satu strategi pembangunan negara yang melibatkan ruang, produk, perkhidmatan dan sumber pelancongan bagi meningkatkan mutu pelancongan di sesebuah wilayah. Di Malaysia pelancongan wilayah telah dilaksanakan namun, sehingga kini tiada kajian secara terperinci tentang pendekatan simbiosis, konflik dan integratif dalam pembangunan wilayah. Para sarjana berpandangan, pelancongan wilayah berupaya menjana pembangunan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), namun, kejayaan masih belum teserlah ekoran pembangunan yang dilakukan adalah berdasarkan kepentingan negeri masing-masing. Justeru itu. artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti orientasi pembangunan pelancongan wilayah yang telah dilaksanakan oleh pemegang taruh dari tahun 2008 sehingga (2020) di salah satu negeri koridor pembangunan wilayah Pantai Timur iaitu di Kelantan. Data primer diperolehi melalui survei ke atas 28 responden dalam kalangan pemegang taruh di Kelantan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pemegang taruh dalam aspek integratif lebih diutamakan berbanding pendekatan simbiosis dan konflik dalam proses perancangan, pembangunan dan pelaksanaan pembangunan pelancongan wilayah di Kelantan, Wilayah ECER. Kajian ini turut memberikan implikasi polisi dan amalan kepada pemegang taruh dalam usaha meningkatkan pembangunan wilayah dan mutu industri pelancongan negara.","PeriodicalId":133740,"journal":{"name":"e-Bangi Journal of Social Science and Humanities","volume":"32 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-05-08","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"e-Bangi Journal of Social Science and Humanities","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2002.28","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pelancongan wilayah merupakan satu strategi pembangunan negara yang melibatkan ruang, produk, perkhidmatan dan sumber pelancongan bagi meningkatkan mutu pelancongan di sesebuah wilayah. Di Malaysia pelancongan wilayah telah dilaksanakan namun, sehingga kini tiada kajian secara terperinci tentang pendekatan simbiosis, konflik dan integratif dalam pembangunan wilayah. Para sarjana berpandangan, pelancongan wilayah berupaya menjana pembangunan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), namun, kejayaan masih belum teserlah ekoran pembangunan yang dilakukan adalah berdasarkan kepentingan negeri masing-masing. Justeru itu. artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti orientasi pembangunan pelancongan wilayah yang telah dilaksanakan oleh pemegang taruh dari tahun 2008 sehingga (2020) di salah satu negeri koridor pembangunan wilayah Pantai Timur iaitu di Kelantan. Data primer diperolehi melalui survei ke atas 28 responden dalam kalangan pemegang taruh di Kelantan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pemegang taruh dalam aspek integratif lebih diutamakan berbanding pendekatan simbiosis dan konflik dalam proses perancangan, pembangunan dan pelaksanaan pembangunan pelancongan wilayah di Kelantan, Wilayah ECER. Kajian ini turut memberikan implikasi polisi dan amalan kepada pemegang taruh dalam usaha meningkatkan pembangunan wilayah dan mutu industri pelancongan negara.