Nasimah Abdullah, Saifulah Samsudin, Nor Fatihah Suliman
{"title":"Masalah Semantik dalam terjemahan Majāz Mursal al-Quran: analisis terhadap hubungan Musabbab","authors":"Nasimah Abdullah, Saifulah Samsudin, Nor Fatihah Suliman","doi":"10.53840/alirsyad.v6i1.145","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Terdapat pelbagai jenis unsur figuratif dalam al-Quran dan pakar bidang linguistik Arab menamakannya majāzī. Majāz Mursal merupakan salah satu daripada unsur figuratif yang merujuk kepada kaedah penggunaan perkataan yang maknanya berlainan daripada makna sebenar dan mempunyai hubungan tidak setara dengan kata iringan (qarīnah) yang dapat dilihat atau disebut di dalam ayat. Hubungan antara maksud asal dengan maksud dikehendaki bukan berunsurkan penyerupaan, tetapi mengandungi hubungan kemaknaan. Ini bermakna majāz mursal mengalami perubahan semantik yang perlu ditafsirkan dengan jelas agar maksud sebenarnya dapat disampaikan dengan tepat ke dalam bahasa sasaran. Penulisan ini bertujuan menganalisis terjemahan ayat al-Quran yang mengandungi majāz mursal ke bahasa Melayu untuk melihat kesepadanan maksud sebenar yang terdapat dalam mesej al-Quran dengan teks sasaran. Kajian ini hanya tertumpu kepada hubungan kesan atau akibat (musabbab). Kajian ini adalah kajian kepustakaan dan bersifat kualitatif kerana mengguna pakai kaedah analisis kandungan dalam menganalisis terjemahan gayabahasa majāz mursal. Dua teks terjemahan al-Quran oleh Mahmud Yunus dan Abdullah Basmeih dijadikan korpus kajian untuk melihat pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua teks tersebut. Sembilan ayat al-Quran yang mengandungi majāz mursal daripada kategori hubungan musabbab dipilih untuk dianalisa. Untuk mengukur ketepatan dan kesepadanan mesej bahasa sumber dengan bahasa sasaran, pentafsiran kitab-kitab tafsir dan kitab ulum al-Quran yang muktabar dirujuk seperti al-Kashshāf karya al-Zamakhsharī, al-Burhān karya al-Zarkashī, Tafsīr al-Ṭabarī karya al-Ṭabarī, al-Taḥrīr wa al-Tanwīr karya Ibn ‘Āshūr, al-Itqān karya al-Suyūṭī dan al-Tafsīr al-Munīr karya Wahbah al-Zuhailī. Kajian ini mendapati wujudnya terjemahan yang tidak menepati kehendak makna sebenar mesej al-Quran ekoran penggunaan pendekatan secara literal. Justeru, strategi terjemahan lain perlu diguna pakai agar makna sebenar mesej al-Quran dapat disampaikan kepada pembaca sasaran. Walau bagaimanapun, adakalanya majāz mursal boleh diterjemahkan secara literal jika sekiranya tiada kekeliruan pada maksud asal mesej al-Quran.","PeriodicalId":438658,"journal":{"name":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","volume":"54 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-06-15","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.145","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Terdapat pelbagai jenis unsur figuratif dalam al-Quran dan pakar bidang linguistik Arab menamakannya majāzī. Majāz Mursal merupakan salah satu daripada unsur figuratif yang merujuk kepada kaedah penggunaan perkataan yang maknanya berlainan daripada makna sebenar dan mempunyai hubungan tidak setara dengan kata iringan (qarīnah) yang dapat dilihat atau disebut di dalam ayat. Hubungan antara maksud asal dengan maksud dikehendaki bukan berunsurkan penyerupaan, tetapi mengandungi hubungan kemaknaan. Ini bermakna majāz mursal mengalami perubahan semantik yang perlu ditafsirkan dengan jelas agar maksud sebenarnya dapat disampaikan dengan tepat ke dalam bahasa sasaran. Penulisan ini bertujuan menganalisis terjemahan ayat al-Quran yang mengandungi majāz mursal ke bahasa Melayu untuk melihat kesepadanan maksud sebenar yang terdapat dalam mesej al-Quran dengan teks sasaran. Kajian ini hanya tertumpu kepada hubungan kesan atau akibat (musabbab). Kajian ini adalah kajian kepustakaan dan bersifat kualitatif kerana mengguna pakai kaedah analisis kandungan dalam menganalisis terjemahan gayabahasa majāz mursal. Dua teks terjemahan al-Quran oleh Mahmud Yunus dan Abdullah Basmeih dijadikan korpus kajian untuk melihat pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua teks tersebut. Sembilan ayat al-Quran yang mengandungi majāz mursal daripada kategori hubungan musabbab dipilih untuk dianalisa. Untuk mengukur ketepatan dan kesepadanan mesej bahasa sumber dengan bahasa sasaran, pentafsiran kitab-kitab tafsir dan kitab ulum al-Quran yang muktabar dirujuk seperti al-Kashshāf karya al-Zamakhsharī, al-Burhān karya al-Zarkashī, Tafsīr al-Ṭabarī karya al-Ṭabarī, al-Taḥrīr wa al-Tanwīr karya Ibn ‘Āshūr, al-Itqān karya al-Suyūṭī dan al-Tafsīr al-Munīr karya Wahbah al-Zuhailī. Kajian ini mendapati wujudnya terjemahan yang tidak menepati kehendak makna sebenar mesej al-Quran ekoran penggunaan pendekatan secara literal. Justeru, strategi terjemahan lain perlu diguna pakai agar makna sebenar mesej al-Quran dapat disampaikan kepada pembaca sasaran. Walau bagaimanapun, adakalanya majāz mursal boleh diterjemahkan secara literal jika sekiranya tiada kekeliruan pada maksud asal mesej al-Quran.