Hubungan antara Persepsi, Sikap dan Pencapaian Bahasa Melayu Murid-murid Cina di Sekolah Kebangsaan Cina Pilihan

{"title":"Hubungan antara Persepsi, Sikap dan Pencapaian Bahasa Melayu Murid-murid Cina di Sekolah Kebangsaan Cina Pilihan","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.5","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Persepsi dan sikap murid berperanan penting dalam menentukan pencapaian akademik murid-murid terutamanya dalam sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah, persepsi dan sikap murid sekolah rendah terhadap Bahasa Melayu dan hubungannya dengan pencapaian akademik mereka. Murid-murid Tahun 5 dari tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sekitar daerah Kepong, Kuala Lumpur telah menyertai kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan keselesaan. Seramai 274 orang murid (139 lelaki dan 135 perempuan) telah melengkapkan borang soal selidik. Dapatan menunjukkan bahawa tahap pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah berada pada tahap rendah (Min = 49.55, SP = 17.57). Namun begitu, persepsi murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana (M=2.88, SP=0.91) manakala sikap murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi (M=3.64, SP=0.92). Analisis nilai pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid dengan pencapaian Bahasa Melayu pada r= 0.148, p<.05, tetapi tidak terdapat hubungan yang sigifikan antara sikap murid dengan pencapaian Bahasa Melayu. Hasil analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi murid dan sikap murid dengan pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan SJKC di daerah Kepong, Kuala Lumpur (p>0.0.5). Hasil kajian menyokong Teori Persepsi Langsung dan Teori Tingkah Laku Terancang di mana kedua-dua teori ini membuktikan persekitaran pembelajaran murid-murid di SJKC lebih menggunakan Bahasa Cina dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan murid Cina terbiasa dengan penggunaan Bahasa Cina dalam kehidupan. Justeru, murid-murid harus meningkatkan tahap pencapaian Bahasa Melayu dengan mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan mengekalkan sikap positif mereka terhadap Bahasa Melayu.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"198 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.5","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0

Abstract

Persepsi dan sikap murid berperanan penting dalam menentukan pencapaian akademik murid-murid terutamanya dalam sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah, persepsi dan sikap murid sekolah rendah terhadap Bahasa Melayu dan hubungannya dengan pencapaian akademik mereka. Murid-murid Tahun 5 dari tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sekitar daerah Kepong, Kuala Lumpur telah menyertai kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan keselesaan. Seramai 274 orang murid (139 lelaki dan 135 perempuan) telah melengkapkan borang soal selidik. Dapatan menunjukkan bahawa tahap pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah berada pada tahap rendah (Min = 49.55, SP = 17.57). Namun begitu, persepsi murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana (M=2.88, SP=0.91) manakala sikap murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi (M=3.64, SP=0.92). Analisis nilai pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid dengan pencapaian Bahasa Melayu pada r= 0.148, p<.05, tetapi tidak terdapat hubungan yang sigifikan antara sikap murid dengan pencapaian Bahasa Melayu. Hasil analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi murid dan sikap murid dengan pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan SJKC di daerah Kepong, Kuala Lumpur (p>0.0.5). Hasil kajian menyokong Teori Persepsi Langsung dan Teori Tingkah Laku Terancang di mana kedua-dua teori ini membuktikan persekitaran pembelajaran murid-murid di SJKC lebih menggunakan Bahasa Cina dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan murid Cina terbiasa dengan penggunaan Bahasa Cina dalam kehidupan. Justeru, murid-murid harus meningkatkan tahap pencapaian Bahasa Melayu dengan mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan mengekalkan sikap positif mereka terhadap Bahasa Melayu.
求助全文
约1分钟内获得全文 求助全文
来源期刊
自引率
0.00%
发文量
0
×
引用
GB/T 7714-2015
复制
MLA
复制
APA
复制
导出至
BibTeX EndNote RefMan NoteFirst NoteExpress
×
提示
您的信息不完整,为了账户安全,请先补充。
现在去补充
×
提示
您因"违规操作"
具体请查看互助需知
我知道了
×
提示
确定
请完成安全验证×
copy
已复制链接
快去分享给好友吧!
我知道了
右上角分享
点击右上角分享
0
联系我们:info@booksci.cn Book学术提供免费学术资源搜索服务,方便国内外学者检索中英文文献。致力于提供最便捷和优质的服务体验。 Copyright © 2023 布克学术 All rights reserved.
京ICP备2023020795号-1
ghs 京公网安备 11010802042870号
Book学术文献互助
Book学术文献互助群
群 号:481959085
Book学术官方微信