{"title":"Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.2.6","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal juga merupakan sebahagian aspek yang penting dalam pendidikan di sekolah. Melakukan aktiviti fizikal memberi banyak kebaikan kepada murid terutamanya pendidikan khas namun penyertaan kurang memberangsangkan. Kajian ini akan meninjau persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah. Seterusnya, mengenalpasti faktor yang menghalang murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang dilaksanakan serta melihat hubungan persepsi ibu bapa dengan faktor penghalang murid dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Metodologi kajian ini ialah menggunakan borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui aplikasi google form. Responden kajian terdiri daripada ibu bapa kepada murid pendidikan khas di kawasan kajian iaitu seramai 40 orang. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah berbentuk tinjauan. Manakala, Teknik persampelan pula ialah persampelan secara rawak iaitu terdiri daripada ibu bapa bagi murid berkeperluan khas. Hasil kajian mendapati responden memberikan persepsi dari sudut positif mengenai aktiviti fizikal serta faktor penghalang juga sangat kurang. Tidak terdapat hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan faktor penghalang dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di kawasan kajian.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"48 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-06-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.6","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal juga merupakan sebahagian aspek yang penting dalam pendidikan di sekolah. Melakukan aktiviti fizikal memberi banyak kebaikan kepada murid terutamanya pendidikan khas namun penyertaan kurang memberangsangkan. Kajian ini akan meninjau persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah. Seterusnya, mengenalpasti faktor yang menghalang murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang dilaksanakan serta melihat hubungan persepsi ibu bapa dengan faktor penghalang murid dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Metodologi kajian ini ialah menggunakan borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui aplikasi google form. Responden kajian terdiri daripada ibu bapa kepada murid pendidikan khas di kawasan kajian iaitu seramai 40 orang. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah berbentuk tinjauan. Manakala, Teknik persampelan pula ialah persampelan secara rawak iaitu terdiri daripada ibu bapa bagi murid berkeperluan khas. Hasil kajian mendapati responden memberikan persepsi dari sudut positif mengenai aktiviti fizikal serta faktor penghalang juga sangat kurang. Tidak terdapat hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan faktor penghalang dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di kawasan kajian.