Muhammad Hafizan Abd Hamid, Abdul Aziz Mat Isa, Hamdi Ishak
{"title":"Faktor pembelajaran tahfiz program huffaz profesional di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)","authors":"Muhammad Hafizan Abd Hamid, Abdul Aziz Mat Isa, Hamdi Ishak","doi":"10.53840/alirsyad.v6i1.142","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi bermula secara formal dengan penubuhan Darul Quran JAKIM. Perkembangan pengajian tahfiz memperlihatkan penerimaan yang positif di peringkat pengajian tinggi dengan wujudnya pengajian tahfiz secara bersepadu di antara pengajian tahfiz dan akademik. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam amalan pembelajaran tahfiz yang perlu diperhalusi dan ditambah baik. Objektif kajian ini ialah bagi mengkaji sistem pengajaran dan pembelajaran tahfiz di UNITEN. Kajian ini juga bertujuan menganalisis amalan sistem pembelajaran tahfiz mengikut jantina dan struktur pengajian. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini bertujuan melihat faktor pembelajaran tahfiz yang melibatkan 83 responden pelajar lepasan Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN. Pemilihan sampel berdasarkan kaedah persampelan bertujuan ini mengikut jadual persampelan Krejcie dan Morgan. Maklum balas diperolehi melalui instrumen soal selidik. Data kajian diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 19.0 melibatkan analisis deskriptif untuk menjelaskan profil responden dan analisis inferensi menerusi ujian-t untuk melihat perbezaan faktor pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Dapatan kajian menunjukkan faktor pembelajaran tahfiz berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam faktor pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Implikasi kajian ini dapat memberi impak dalam meningkatkan kualiti pembelajaran tahfiz khususnya di peringkat pengajian tinggi. Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi perlu diteruskan agar kemukjizatan al-Quran ini terus terpelihara dan akan melahirkan generasi berilmu dan celik al-Quran.","PeriodicalId":438658,"journal":{"name":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","volume":"294 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-06-15","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"1","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.142","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
Abstract
Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi bermula secara formal dengan penubuhan Darul Quran JAKIM. Perkembangan pengajian tahfiz memperlihatkan penerimaan yang positif di peringkat pengajian tinggi dengan wujudnya pengajian tahfiz secara bersepadu di antara pengajian tahfiz dan akademik. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam amalan pembelajaran tahfiz yang perlu diperhalusi dan ditambah baik. Objektif kajian ini ialah bagi mengkaji sistem pengajaran dan pembelajaran tahfiz di UNITEN. Kajian ini juga bertujuan menganalisis amalan sistem pembelajaran tahfiz mengikut jantina dan struktur pengajian. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini bertujuan melihat faktor pembelajaran tahfiz yang melibatkan 83 responden pelajar lepasan Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN. Pemilihan sampel berdasarkan kaedah persampelan bertujuan ini mengikut jadual persampelan Krejcie dan Morgan. Maklum balas diperolehi melalui instrumen soal selidik. Data kajian diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 19.0 melibatkan analisis deskriptif untuk menjelaskan profil responden dan analisis inferensi menerusi ujian-t untuk melihat perbezaan faktor pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Dapatan kajian menunjukkan faktor pembelajaran tahfiz berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam faktor pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Implikasi kajian ini dapat memberi impak dalam meningkatkan kualiti pembelajaran tahfiz khususnya di peringkat pengajian tinggi. Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi perlu diteruskan agar kemukjizatan al-Quran ini terus terpelihara dan akan melahirkan generasi berilmu dan celik al-Quran.