{"title":"Pantun Melayu: Analisis Ayat Majmuk Pancangan Bahasa Melayu","authors":"Ab. Rahim, N. Alizuddin","doi":"10.51200/manu.v23i0.284","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Makalah ini berfokus pada ayat majmuk pancangan bahasa Melayu yang digunakan dalam pantun Melayu. Kajian ini berlandaskan Teori Transformasi Generatif Standard yang diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Dalam menerbitkan ayat majmuk pancangan, berlaku prosesproses transformasi seperti pengguguran, peluasan dan penyusunan semula. Analisis ayat dilakukan berdasarkan struktur dalaman dan permukaan dengan rajah pohon dan keterangan-keterangan yang berkaitan dalam bidang sintaksis. Dapatan analisis memperlihatkan pantun merupakan satu medium terbaik dalam menganalisis ayat-ayat bahasa Melayu kerana banyak perkataan digugurkan. Pengguguran perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau dihadkan.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-11-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"1","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.51200/manu.v23i0.284","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
Abstract
Makalah ini berfokus pada ayat majmuk pancangan bahasa Melayu yang digunakan dalam pantun Melayu. Kajian ini berlandaskan Teori Transformasi Generatif Standard yang diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Dalam menerbitkan ayat majmuk pancangan, berlaku prosesproses transformasi seperti pengguguran, peluasan dan penyusunan semula. Analisis ayat dilakukan berdasarkan struktur dalaman dan permukaan dengan rajah pohon dan keterangan-keterangan yang berkaitan dalam bidang sintaksis. Dapatan analisis memperlihatkan pantun merupakan satu medium terbaik dalam menganalisis ayat-ayat bahasa Melayu kerana banyak perkataan digugurkan. Pengguguran perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau dihadkan.