{"title":"MIKOROT DALAM KONTEKS KEBUDAYAAN ETNIK DUSUN DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUBUNGAN ETNIK","authors":"Budi Anto Mohd. Tamring","doi":"10.51200/manu.v0i0.1313","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kebanyakan negara di dunia yang mempunyai komposisi etnik yang pelbagai sering berhadapan dengan situasi ketegangan etnik, isu kuasa politik etnik, persaingan etnik, malah ada yang memuncak dengan konflik fizikal yang lebih radikal sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Isu etnik sentiasa mewarnai hubungan antara masyarakat dan keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan hubungan antara etnik di Malaysia akan terus kekal harmoni sehingga kini. Usaha tersebut dilaksanakan melalui pelbagai program dan turut diterjemahkan dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. Hal yang menarik ialah usaha kerajaan dalam memastikan hubungan etnik sentiasa harmoni bukanlah perkara yang baharu dan menghairankan dalam masyarakat Dusun di Sabah. Amalan cara hidup dan sikap toleransi yang tinggi dalam komuniti ini sudah berakar umbi sejak sekian lama. Salah satu amalan yang menunjukkan sikap keterbukaan mereka yang tinggi terhadap perbezaan etnik dan agama ialah amalan mikorot. Justeru, objektif penulisan makalah ini adalah untuk menjelaskan makna dan konsep mikorot dalam budaya masyarakat Dusun, menjelaskan ritual pelaksanaan mikorot dan yang terakhir, mengetahui implikasi mikorot dan cabarannya dalam masyarakat. Hasil kajian yang diperoleh melalui kaedah kualitiatif menggunakan temu bual mendapati bahawa mikorot adalah satu upacara yang dilaksanakan oleh etnik Dusun di Sabah sebagai cara untuk mengesahkan nilai kekeluargaan mereka terhadap individu yang bukan ahli keluarga mereka tanpa melibatkan perkahwinan atau hubungan biologi. Selain itu, amalan mikorot ini juga berjaya memupuk hubungan yang harmoni antara etnik Dusun dengan etnik Dusun yang lain dan antara etnik Dusun dengan masyarakat lain di negeri Sabah. \nKata kunci: Mikorot, korot, toleransi etnik, hubungan etnik. \nMany countries in the world with various ethnicities often face situations of ethnic tension, ethnic political power issues, ethnic rivalry, or even more radical, physical conflicts that lead to loss of lives and properties. Issues of ethnicity have always influenced the relationship between members of a society, and this situation also occurs in Malaysia.Various efforts have been made by the Malaysian government to ensure ethnic relations in the country harmonious. Efforts have been implemented through various programs including the implementation of the Malaysian education policy. Interestingly, harmonious ethnic relations are not new within the Dusun community in Sabah. The practice of such lifestyle and tolerance in this community existed there since time immemorial. One of the practices that demonstrates their high openness towards ethnic and religious differences is mikorot. This paper seeks to explain the meanings and concepts of mikorot in the culture of the Dusun community, the implementation rituals of mikorot, and the implications of mikorot and its challenges in society. The results obtained through a qualitative study using interviews found that mikorot is a ceremony performed by the Dusun ethnic community to establish or acknowledge in Sabah family ties with individuals who are not members of their families without involving marriage or biological relationships. In addition, the mikorot practice also fosters harmony among the various Dusun ethnics as well as between the Dusun ethnic and other communities in Sabah. \nKeywords: Mikorot, korot, ethnic tolerence, ethnic relation.","PeriodicalId":143963,"journal":{"name":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","volume":null,"pages":null},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2018-09-05","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1313","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kebanyakan negara di dunia yang mempunyai komposisi etnik yang pelbagai sering berhadapan dengan situasi ketegangan etnik, isu kuasa politik etnik, persaingan etnik, malah ada yang memuncak dengan konflik fizikal yang lebih radikal sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Isu etnik sentiasa mewarnai hubungan antara masyarakat dan keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan hubungan antara etnik di Malaysia akan terus kekal harmoni sehingga kini. Usaha tersebut dilaksanakan melalui pelbagai program dan turut diterjemahkan dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. Hal yang menarik ialah usaha kerajaan dalam memastikan hubungan etnik sentiasa harmoni bukanlah perkara yang baharu dan menghairankan dalam masyarakat Dusun di Sabah. Amalan cara hidup dan sikap toleransi yang tinggi dalam komuniti ini sudah berakar umbi sejak sekian lama. Salah satu amalan yang menunjukkan sikap keterbukaan mereka yang tinggi terhadap perbezaan etnik dan agama ialah amalan mikorot. Justeru, objektif penulisan makalah ini adalah untuk menjelaskan makna dan konsep mikorot dalam budaya masyarakat Dusun, menjelaskan ritual pelaksanaan mikorot dan yang terakhir, mengetahui implikasi mikorot dan cabarannya dalam masyarakat. Hasil kajian yang diperoleh melalui kaedah kualitiatif menggunakan temu bual mendapati bahawa mikorot adalah satu upacara yang dilaksanakan oleh etnik Dusun di Sabah sebagai cara untuk mengesahkan nilai kekeluargaan mereka terhadap individu yang bukan ahli keluarga mereka tanpa melibatkan perkahwinan atau hubungan biologi. Selain itu, amalan mikorot ini juga berjaya memupuk hubungan yang harmoni antara etnik Dusun dengan etnik Dusun yang lain dan antara etnik Dusun dengan masyarakat lain di negeri Sabah.
Kata kunci: Mikorot, korot, toleransi etnik, hubungan etnik.
Many countries in the world with various ethnicities often face situations of ethnic tension, ethnic political power issues, ethnic rivalry, or even more radical, physical conflicts that lead to loss of lives and properties. Issues of ethnicity have always influenced the relationship between members of a society, and this situation also occurs in Malaysia.Various efforts have been made by the Malaysian government to ensure ethnic relations in the country harmonious. Efforts have been implemented through various programs including the implementation of the Malaysian education policy. Interestingly, harmonious ethnic relations are not new within the Dusun community in Sabah. The practice of such lifestyle and tolerance in this community existed there since time immemorial. One of the practices that demonstrates their high openness towards ethnic and religious differences is mikorot. This paper seeks to explain the meanings and concepts of mikorot in the culture of the Dusun community, the implementation rituals of mikorot, and the implications of mikorot and its challenges in society. The results obtained through a qualitative study using interviews found that mikorot is a ceremony performed by the Dusun ethnic community to establish or acknowledge in Sabah family ties with individuals who are not members of their families without involving marriage or biological relationships. In addition, the mikorot practice also fosters harmony among the various Dusun ethnics as well as between the Dusun ethnic and other communities in Sabah.
Keywords: Mikorot, korot, ethnic tolerence, ethnic relation.