{"title":"Pengamalan hidup beragama dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam di Malaysia","authors":"Nazneen Ismail, Norul Huda Bakar, Mariam Abd. Majid, Hasnan Kasan","doi":"10.53840/alirsyad.v4i2.57","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Hidup beragama juga disebut sebagai takwa merupakan tingkatan tertinggi sebagai Muslim. Ia dicapai melalui pengamalan dan penghayatan agama yang tinggi berasaskan kepada kefahaman yang benar. Sebagai mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam (IPTI) mereka mempunyai imej sebagai golongan yang memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian. Ini meliputi akidah, ibadah dan akhlak. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk menilai tahap hidup beragama mahasiswa universiti. Namun, kajian terhadap mahasiswa IPTI didapati kurang diberikan tumpuan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap pengamalan hidup beragama dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam (IPTI) di Malaysia. Kajian ini bersifat kuantitatif menggunakan pendekatan tinjauan keratan rentas dengan mengedarkan borang soal selidik Muslim Religiositi Personality Inventory atau singkatannya MRPI (2011) kepada mahasiswa daripada empat buah IPTI terpilih. Pemilihan IPTI dilakukan melalui kaedah penentuan zon iaitu UIAM (Barat), USIM (Selatan), UniSHAMS (Utara) dan KUIPSAS (Timur). Sebanyak 400 set soal selidik diedarkan kepada mahasiswa universiti secara rawak bebas. Data dianalisis secara deskriptif melibatkan frekuensi dan min. Dapatan menunjukkan mahasiswa mempunyai tahap pengetahuan sarwajagat Islam dan personaliti religiositi yang tinggi. Justeru, kajian ini menjadi asas kepada keperluan pembinaan model khusus bagi pembangunan hidup beragama supaya pemerkasaan dapat dilakukan dari masa ke masa dengan pemantauan daripada pihak universiti.","PeriodicalId":438658,"journal":{"name":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","volume":"103 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2019-12-16","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"7","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/alirsyad.v4i2.57","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 7
Abstract
Hidup beragama juga disebut sebagai takwa merupakan tingkatan tertinggi sebagai Muslim. Ia dicapai melalui pengamalan dan penghayatan agama yang tinggi berasaskan kepada kefahaman yang benar. Sebagai mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam (IPTI) mereka mempunyai imej sebagai golongan yang memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian. Ini meliputi akidah, ibadah dan akhlak. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk menilai tahap hidup beragama mahasiswa universiti. Namun, kajian terhadap mahasiswa IPTI didapati kurang diberikan tumpuan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap pengamalan hidup beragama dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam (IPTI) di Malaysia. Kajian ini bersifat kuantitatif menggunakan pendekatan tinjauan keratan rentas dengan mengedarkan borang soal selidik Muslim Religiositi Personality Inventory atau singkatannya MRPI (2011) kepada mahasiswa daripada empat buah IPTI terpilih. Pemilihan IPTI dilakukan melalui kaedah penentuan zon iaitu UIAM (Barat), USIM (Selatan), UniSHAMS (Utara) dan KUIPSAS (Timur). Sebanyak 400 set soal selidik diedarkan kepada mahasiswa universiti secara rawak bebas. Data dianalisis secara deskriptif melibatkan frekuensi dan min. Dapatan menunjukkan mahasiswa mempunyai tahap pengetahuan sarwajagat Islam dan personaliti religiositi yang tinggi. Justeru, kajian ini menjadi asas kepada keperluan pembinaan model khusus bagi pembangunan hidup beragama supaya pemerkasaan dapat dilakukan dari masa ke masa dengan pemantauan daripada pihak universiti.