Afidatul Syazwani Binti Afandi, Norazimah Zakaria, Abdul Halim Ali
{"title":"Magis dan Aspek Kelegaan Jiwa berdasarkan Perspektif Emosi Hairan dalam Hikayat Marakarmah","authors":"Afidatul Syazwani Binti Afandi, Norazimah Zakaria, Abdul Halim Ali","doi":"10.37134/PERADABAN.VOL15.2.2020","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Magis atau unsur luar biasa sering kali ditemui dalam kebanyakan teks hikayat yang mempunyai pengaruh Hindu-Islam. Pemaparan unsur ini dianggap penting oleh pengarang tradisi untuk dijadikan intipati kepada struktur teks klasik. Kehebatan pengarang tradisi mencakna mesej kepada khalayak melalui bauran peristiwa yang luar biasa ini membawa implikasi yang besar kepada khalayak dan meransang beberapa kesan emosi tertentu. Salah satu daripada emosi ini ialah emosi hairan yang membangkitkan rasa takjub dan kagum. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubung kait emosi hairan dan aspek kelegaan jiwa yang akan dikupas berdasarkan teks pilihan ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif di bawah analisis deskriptif berpusatkan teks. Huraian data dan maklumat daripada kaedah analisis tekstual ini akan dibahagikan kepada analisis yang bersifat struktural yang melihat struktur ayat dan pengolahan gaya bahasa yang berupaya mewujudkan emosi hairan dan rasa takjub serta analisis yang bersifat teoritikal yang melihat aspek emosi ini daripada perspektif rasa fenomenologi sekali gus mengaitkan emosi hairan dan kesan rasa takjub ini dengan aspek kelegaan jiwa. Hasil analisis mendapati, sememangnya terdapat beberapa peristiwa di dalam teks Hikayat Marakarmah yang meransang emosi hairan dan rasa takjub serta berupaya memberikan kesan kelegaan jiwa kepada khalayak. Implikasi daripada kajian ini merumuskan emosi hairan yang menerbitkn rasa kagum khalayak kepada kebanyakan peristiwa magis yang terdapat dalam teks Hikayat Marakarmah ini menimbulkan kesan rasa lega sekali gus membuktikan kehebatan pengarang tradisi mengadun aspek estetika dan mesej yang hendak disampaikan secara tersirat.","PeriodicalId":377337,"journal":{"name":"Jurnal Peradaban Melayu","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2020-12-07","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Peradaban Melayu","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.37134/PERADABAN.VOL15.2.2020","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
Magis dan Aspek Kelegaan Jiwa berdasarkan Perspektif Emosi Hairan dalam Hikayat Marakarmah
Magis atau unsur luar biasa sering kali ditemui dalam kebanyakan teks hikayat yang mempunyai pengaruh Hindu-Islam. Pemaparan unsur ini dianggap penting oleh pengarang tradisi untuk dijadikan intipati kepada struktur teks klasik. Kehebatan pengarang tradisi mencakna mesej kepada khalayak melalui bauran peristiwa yang luar biasa ini membawa implikasi yang besar kepada khalayak dan meransang beberapa kesan emosi tertentu. Salah satu daripada emosi ini ialah emosi hairan yang membangkitkan rasa takjub dan kagum. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubung kait emosi hairan dan aspek kelegaan jiwa yang akan dikupas berdasarkan teks pilihan ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif di bawah analisis deskriptif berpusatkan teks. Huraian data dan maklumat daripada kaedah analisis tekstual ini akan dibahagikan kepada analisis yang bersifat struktural yang melihat struktur ayat dan pengolahan gaya bahasa yang berupaya mewujudkan emosi hairan dan rasa takjub serta analisis yang bersifat teoritikal yang melihat aspek emosi ini daripada perspektif rasa fenomenologi sekali gus mengaitkan emosi hairan dan kesan rasa takjub ini dengan aspek kelegaan jiwa. Hasil analisis mendapati, sememangnya terdapat beberapa peristiwa di dalam teks Hikayat Marakarmah yang meransang emosi hairan dan rasa takjub serta berupaya memberikan kesan kelegaan jiwa kepada khalayak. Implikasi daripada kajian ini merumuskan emosi hairan yang menerbitkn rasa kagum khalayak kepada kebanyakan peristiwa magis yang terdapat dalam teks Hikayat Marakarmah ini menimbulkan kesan rasa lega sekali gus membuktikan kehebatan pengarang tradisi mengadun aspek estetika dan mesej yang hendak disampaikan secara tersirat.