Tanazzul al-Qur’ān dalam Sharḥ al-Ḥikam al-Ghawthiyyah: Sorotan hikmah pertama kitab al-Ḥikam al-Ghawthiyyah karya Syeikh Abū Madyan al-Maghribī (W. 594 H.)
Abur Hamdi Usman, Zaidul Amin Suffian Ahmad, Ahmad Levi Fachrul Avivy
{"title":"Tanazzul al-Qur’ān dalam Sharḥ al-Ḥikam al-Ghawthiyyah: Sorotan hikmah pertama kitab al-Ḥikam al-Ghawthiyyah karya Syeikh Abū Madyan al-Maghribī (W. 594 H.)","authors":"Abur Hamdi Usman, Zaidul Amin Suffian Ahmad, Ahmad Levi Fachrul Avivy","doi":"10.53840/alirsyad.v9i1.401","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Syeikh Abū Madyan al-Maghribī merupakan seorang tokoh sufi tersohor pada kurun ke-6 H. Beliau dijuluki sebagai Ra’s al-Sūfiyyah fī Waqtih (rujukan ahli tasawuf pada masanya) dan rujukan bagi kawasan sebelah Barat Islam (Shaykh Ahl al-Maghrib). Hasil karya tulis beliau yang paling popular ialah al-Ḥikam al-Ghawthiyyah yang telah disyarah oleh ulama lain bagi memudahkan pembaca menyelami untaian maknanya. Antara kitab syarah yang dimaksud ialah Sharḥ al-Ḥikam al-Ghawthiyyah karya Shihāb al-Dīn Aḥmad ibn Ibrāhīm al-Makkī yang dikenali sebagai Ibn ‘Ilan al-Ṣiddīq al-Shāfi‘ī al Naqshabandī (975-1033 H.). Sehubungan dengan itu, artikel ini menganalisis satu kalam hikmah daripada kitab tersebut yang berkaitan dengan perbahasan penurunan al-Quran (Tanazzul al-Qur’ān). Dengan menggunakan metode kualitatif kajian ini mendapati wujud perbezaan makna semantik antara perkataan nuzul dengan tanazzul. Pensyarah hikmah ini merumuskan bahawa nuzul atau proses turunnya ayat suci al-Quran yang dikhaskan kepada Rasulullah SAW telah berlaku dan tidak akan berulang semula. Manakala tanazzul al-Qur’ān dengan maksud proses penurunan al-Quran ke dalam hati para wali Allah SWT akan sentiasa berterusan hingga hari kiamat.","PeriodicalId":438658,"journal":{"name":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","volume":"45 2","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2024-06-12","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/alirsyad.v9i1.401","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Syeikh Abū Madyan al-Maghribī merupakan seorang tokoh sufi tersohor pada kurun ke-6 H. Beliau dijuluki sebagai Ra’s al-Sūfiyyah fī Waqtih (rujukan ahli tasawuf pada masanya) dan rujukan bagi kawasan sebelah Barat Islam (Shaykh Ahl al-Maghrib). Hasil karya tulis beliau yang paling popular ialah al-Ḥikam al-Ghawthiyyah yang telah disyarah oleh ulama lain bagi memudahkan pembaca menyelami untaian maknanya. Antara kitab syarah yang dimaksud ialah Sharḥ al-Ḥikam al-Ghawthiyyah karya Shihāb al-Dīn Aḥmad ibn Ibrāhīm al-Makkī yang dikenali sebagai Ibn ‘Ilan al-Ṣiddīq al-Shāfi‘ī al Naqshabandī (975-1033 H.). Sehubungan dengan itu, artikel ini menganalisis satu kalam hikmah daripada kitab tersebut yang berkaitan dengan perbahasan penurunan al-Quran (Tanazzul al-Qur’ān). Dengan menggunakan metode kualitatif kajian ini mendapati wujud perbezaan makna semantik antara perkataan nuzul dengan tanazzul. Pensyarah hikmah ini merumuskan bahawa nuzul atau proses turunnya ayat suci al-Quran yang dikhaskan kepada Rasulullah SAW telah berlaku dan tidak akan berulang semula. Manakala tanazzul al-Qur’ān dengan maksud proses penurunan al-Quran ke dalam hati para wali Allah SWT akan sentiasa berterusan hingga hari kiamat.