{"title":"Penentuan Tahap Sokongan Majikan Perusahaan Kecil dan Sederhana Terhadap Persepsi Kesan Pembelajaran Sepanjang Hayat","authors":"","doi":"10.55057/jdpn.2021.3.4.1","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pekerja berkemahiran dan berpengetahuan merupakan indikator utama yang menyumbang kepada status negara berpendapatan tinggi. Oleh demikian, program pembelajaran sepanjang hayat dilihat satu alternatif dalam meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir tempatan terutama di perusahaan kecil dan sederhana yang berorentasikan buruh. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap sokongan penyeliaan dan tahap sokongan organisasi terhadap persepsi kesan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan majikan di sektor perkhidmatan dan pembuatan di perusahaan kecil dan sederhana. Sejumlah 676 responden berjaya dikumpul melalui soal selidik di tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Hasil analisis mendapati tahap sokongan penyeliaan berada di tahap sederhana tinggi berbanding sokongan organisasi namun hubungannya masih signifikan dan memberi pengaruh kepada kesan pembelajaran. Akhir sekali, implikasi kajian terhadap kesan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan majikan PKS, batasan kajian beserta beberapa cadangan kajian bagi tujuan penambahbaikan berterusan dalam usaha mengoptimumkan bilangan tenaga kerja mahir tempatan di Malaysia.","PeriodicalId":432939,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Perniagaan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-12-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Perniagaan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpn.2021.3.4.1","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pekerja berkemahiran dan berpengetahuan merupakan indikator utama yang menyumbang kepada status negara berpendapatan tinggi. Oleh demikian, program pembelajaran sepanjang hayat dilihat satu alternatif dalam meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir tempatan terutama di perusahaan kecil dan sederhana yang berorentasikan buruh. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap sokongan penyeliaan dan tahap sokongan organisasi terhadap persepsi kesan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan majikan di sektor perkhidmatan dan pembuatan di perusahaan kecil dan sederhana. Sejumlah 676 responden berjaya dikumpul melalui soal selidik di tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Hasil analisis mendapati tahap sokongan penyeliaan berada di tahap sederhana tinggi berbanding sokongan organisasi namun hubungannya masih signifikan dan memberi pengaruh kepada kesan pembelajaran. Akhir sekali, implikasi kajian terhadap kesan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan majikan PKS, batasan kajian beserta beberapa cadangan kajian bagi tujuan penambahbaikan berterusan dalam usaha mengoptimumkan bilangan tenaga kerja mahir tempatan di Malaysia.