{"title":"Kajian Analisis Keperluan Sistem Pengurusan E-Sisa dan Pembangunan Prototaip Aplikasi E-Sisa di KUIS","authors":"Rafiza Kasbun","doi":"10.53840/ejpi.v10i1.98","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pengurusan e-sisa menjadi cabaran utama setiap negara kini termasuk Malaysia. Organisasi syarikat samada badan kerajaan atau swasta perlu mengambil inisiatif yang berkesan bagi memastikan kakitangan melakukan pelupusan e-sisa dengan betul. Berdasarkan permasalahan, kajian menganalisis tahap kesedaran dan keperluan sistem aplikasi pengurusan e-sisa di kalangan kakitangan dan pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dilakukan. Kajian juga membangunkan prototaip sistem aplikasi e-sisa dalaman KUIS berdasarkan analisis data yang dilakukan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang telah diedarkan kepada kakitangan dan pelajar KUIS. Hasil kajian menunjukkan kakitangan dan pelajar KUIS maklum akan cara pelupusan e-sisa namun usaha untuk melakukan pelupusan e-sisa dengan betul masih rendah atas faktor-faktor tertentu. Responden juga menyokong sistem aplikasi e-sisa dalaman KUIS dibangunkan jika ia disertai dengan ciri-ciri yang memberi nilai tambah kepada prestasi kerja kakitangan dan prestasi akademik pelajar. Oleh itu, satu prototaip aplikasi mudah alih pengurusan e-sisa dalaman KUIS dibangunkan bagi usaha menggalakkan kakitangan dan pelajar KUIS melakukan pelupusan e-sisa dengan betul.","PeriodicalId":219666,"journal":{"name":"e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi","volume":"11 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-04-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i1.98","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pengurusan e-sisa menjadi cabaran utama setiap negara kini termasuk Malaysia. Organisasi syarikat samada badan kerajaan atau swasta perlu mengambil inisiatif yang berkesan bagi memastikan kakitangan melakukan pelupusan e-sisa dengan betul. Berdasarkan permasalahan, kajian menganalisis tahap kesedaran dan keperluan sistem aplikasi pengurusan e-sisa di kalangan kakitangan dan pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dilakukan. Kajian juga membangunkan prototaip sistem aplikasi e-sisa dalaman KUIS berdasarkan analisis data yang dilakukan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang telah diedarkan kepada kakitangan dan pelajar KUIS. Hasil kajian menunjukkan kakitangan dan pelajar KUIS maklum akan cara pelupusan e-sisa namun usaha untuk melakukan pelupusan e-sisa dengan betul masih rendah atas faktor-faktor tertentu. Responden juga menyokong sistem aplikasi e-sisa dalaman KUIS dibangunkan jika ia disertai dengan ciri-ciri yang memberi nilai tambah kepada prestasi kerja kakitangan dan prestasi akademik pelajar. Oleh itu, satu prototaip aplikasi mudah alih pengurusan e-sisa dalaman KUIS dibangunkan bagi usaha menggalakkan kakitangan dan pelajar KUIS melakukan pelupusan e-sisa dengan betul.